Dengan iOS 17 ia akan menjadi asas kepada sistem operasi iPhone yang membenarkan pengguna di Eropah memuat-sisi aplikasi (sideloading). Beberapa gedung aplikasi pihak ketiga telah mengumumkan penyertaan mereka seperti Alt Store dan pembangun perlu membayar Apple untuk setiap pemasangan dilakukan. Apple turut telah memaklumkan yang ciri ini terhad di Eropah sahaja dan pengguna di Malaysia tidak akan dapat memanfaatkan ciri ini.
Terbaru dengan iOS 17 Beta 2 telah diedarkan, pengguna di Eropah telah boleh mencuba memuat-sisi aplikasi pada iPhone. Pengguna yang layak apabila cuba memasang aplikasi kali pertama akan melihat mesej penerangan Apple mengenai kemampuan muat-sisi ini. Mesej penerangan ini juga adalah meminta kebenaran pengguna untuk memasang aplikasi daripada pembangun dan ia hanya perlu dilakukan sekali untuk setiap pembangun.

Sehingga hari ini Apple masih percaya yang muat sisi aplikasi adalah merbahaya dan kebenaran melakukannya pada peranti iPhone pengguna Eropah hanyalah perintah oleh kerajaan. Apa pendapat anda mengenai muat-sisi aplikasi, peranti Android sedia menyokongnya sejak dulu lagi?
- Sumber
- 9to5Mac
