Google Tidak Sengaja Mengesahkan Kewujudan Model AI Gemini 2.0 Pro

TechnologyDigital
31 Jan 2025 • 3:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini 2.0 adalah model bahasa raya AI lebih berkuasa oleh Google. Buat masa ini ia terhad kepada model Gemini 2.0 Flash yang baru menjadi stabil dan menjamin prestasi 1.5x ganda lebih pantas berbanding model 1.5 Pro. Model ini memfokuskan kepada pemprosesan lebih pantas, menyokong multi-modal dan lebih hebat dalam berfikir sendiri.

image is not available

Setakat ini hanya dua model boleh digunakan oleh semua iaitu Gemini 2.0 Flash dan Gemini 2.0 Experimental Advanced. Dalam senarai log perubahan Gemini 2.0 Flash versi stabil, Google tidak sengaja melabelkan ia sebagai Gemini 2.0 Pro Experimental. Ia mungkin adalah pengganti kepada Gemini 1.5 Pro yang Google masih belum umumkan.

Jika anda banyak melakukan kajian, kiraan matematik, kerja-kerja pengkodan – Gemini 2.0 Flash adalah model yang galak digunakan. Gemini 2.0 Flash percuma digunakan oleh semua dan tidak terhad kepada pelanggan Gemini Advanced sahaja.