Google Translate Versi Web Kini Boleh Mengalih Bahasa Kandungan Gambar

TechnologyDigital
9 Mar 2023 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Goggles telah lama mempunyai ciri mengalih bahasa daripada imej yang ditangkap. Ciri ini kemudiannya dikembangkan ke Google Images versi aplikasi yang amatlah berguna apabila pergi ke negara yang tidak mempunyai papan tanda dalam bahasa yang difahami. Hari ini Google Translate versi web telah dikemaskini dengan cir baharu yang membolehkan kandungan dalam gambar pula dialih bahasa.

image is not available

Ciri ini disedari oleh laman Engadget terlebih dahulu. Apabila pergi ke laman Google Translate, terdapat pilihan baharu dengan butang “Images”. Apabila ditekan, terdapat pilihan untuk memuat naik gambar yang ingin dialih bahasa. Pengguna kemudian boleh melihat imej dengan bahasa yang difahami atau meletakkan imej asal dengan imej dengan alih bahasa secara sebelah menyebelah. Bagi yang ingin menggunakan ciri ini, sila pergi ke laman Google Translate hari ini.