Ciri Komunikasi Satelit iPhone 14 Diperluaskan Ke Enam Lagi Negara

TechnologyDigital
8 Mar 2023 • 7:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara ciri paling unik pada siri iPhone 14 ialah kemampuan komunikasi satelit yang digunakan ketika kecemasan. Dengan pengumuman iPhone 14 dan 14 Plus dalam warna kuning semalam, Apple mengesahkan ciri ini akan dikembangkan ke Austria, Belanda, Belgium, Itali, Luxembourg dan Portugal pada penghujung bulan ini.

image is not available

Secara perlahan-lahan rangkuman ciri komunikasi satelit ini dikembangkan oleh Apple selepas hanya boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat sahaja di peringkat awal. Ia boleh digunakan percuma selama dua tahun selepas peranti diaktifkan. Selain komunikasi satelit, ciri ini juga membolehkan peranti dijejak menggunakan Find My ketika tiada rangkaian selular atau WiFi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved