Google hari ini mengumumkan kemaskini baharu yang akan hadir ke Google Pixel Fold, iaitu telefon pintar dengan skrin boleh-lipat dibawah siri Pixel. Ciri baharu ini dinamakan Dual-Screen Interpreter Mode.

Melaluinya, ia akan menggunakan skrin luar dan dalam Pixel Fold untuk tujuan terjemahan. Anda boleh melihat teks terjemahan pada bahagian skrin dalam, sementara pengguna lagi seorang boleh melihat skrin luar yang diterjemah ke bahasa pilihan mereka.

Ini sekaligus akan memudahkan proses komunikasi antara satu sama lain, dengan menggunakan satu peranti, tetapi dua paparan berbeza. Google menyokong 45 bahasa untuk peringkat permulaan ini, melalui ciri ini.
It’s simpler than ever to connect across languages with #PixelFold and Live Translate 
With Dual Screen Interpreter Mode¹, #PixelFold can use both displays to provide a live translation to you and anyone you’re talking to.
¿Qué idioma traducirás primero?#GoogleIO pic.twitter.com/waXVQPDqTw
