Google Wallet Kelak Boleh Digunakan Oleh Kanak-Kanak Dengan Family Link

TechnologyDigital
1 Nov 2024 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Wallet adalah dompet digital Google yang boleh menyimpan pelbagai kad debit, kad kredit, kad tambah-nilai, kad keahlian dan tiket-tiket pengangkutan awam. Ia juga boleh digunakan untuk melakukan pembayaran. Terbaru, Google Wallet akan boleh digunakan oleh kanak-kanak.

image is not available

Ibu Bapa yang menggunakan Google Family Link kelak boleh memberi anak-anak akses kepada pembayaran Google Wallet. Anak-anak ini haruslah memakai jam seperti Fitbit Ace LTE. Kemudian setiap pembayaran akan mempunyai pengesahan tambahan, setiap kaedah pembayaran boleh dikawal oleh ibu bapa termasuk menghalang akses dan semua sejarah transaksi turut boleh dipantau.

image is not available

Fitbit Ace LTE adalah jam tangan pintar Wear OS untuk kanak-kanak. Jam ini hanya dijual di negara seperti Amerika Syarikat, jadi sokongan Google Wallet melalui Family Link untuk kanak-kanak ini juga akan terhad bermula tahun 2025. Tidak pasti jika Google akan melancarkan ciri ini kepada pengguna di seluruh dunia yang menggunakan jam Wear OS lain.