Meta NotebookLlama Adalah Pesaing Google NotebookLM Versi Sumber Terbuka

TechnologyDigital
28 Oct 2024 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri AI Google paling saya terkejut akan kemampuannya adalah NotebookLM. Ia boleh memproses laman web, artikel dan banyak lagi kandungan menjadi satu audio perbincangan yang disampaikan oleh dua hos AI. Ciri ini turut digunakan ramai sehingga Google mempertimbangkan untuk menawarkan pelan berbayar. Terbaru, Meta telah hadir dengan alternatif mereka tetapi dalam bentuk sumber terbuka.

image is not available

Ia dinamakan sebagai NotebookLLama kerana menggunakan model bahasa raya Llama. Ia akan memproses fail teks dan menjana transkrip sebelum sistem prom kemudian menjana audio dengan dramatisasi untuk perbincangan kedengaran lebih semula jadi. Cuma buat masa sekarang, ia masih berada di peringkat awal dan suara kedengaran sangat robotik dengan hos AI turut banyak berhalusinasi. Perbincangan juga dikatakan kedengaran tidak realistik.

Contoh podsiar AI NotebookLM yang dijana berasaskan artikel ini.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah produk akhir berasaskan NotebookLlama ini. Meta AI juga masih baru dirancang untuk diperluaskan secara berperingkat dengan banyak ciri masih terhad di negara tertentu. Sehingga hari ini masih tiada perkhidmatan AI boleh menawarkan kualiti yang hebat sama dengan Google NotebookLM.