Google Wallet Kini Boleh Digunakan Pada Cover Screen Samsung Galaxy Z Flip6 Dan Flip5

TechnologyDigital
16 Jul 2024 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Wallet (dahulu Samsung Pay) adalah kaedah bayaran nirtunai paling menarik boleh digunakan pada peranti Samsung. Walaupun begitu, kerana Google Wallet telah mula menjadi tarikan ramai orang ramai mula beralih platform. Yang menjadikan masalah adalah mereka yang menggunakan Galaxy Z Flip5 dan Z Flip6 kerana pada Cover Screen hanya bayaran nirtunai Samsung Wallet sahaja dibenarkan.

image is not available

Sehinggalah baru-baru ini, Samsung telah mengubahnya. Terhad kepada Galaxy Z Flip6 dan Z Flip5 sahaja, aplikasi Good Lock dengan pemalam MultiStar kini membenarkan pengguna menambah Google Wallet pada Cover Screen. Bukan itu sahaja, bayaran dengan Google Wallet turut kini boleh dilakukan pada Cover Screen tanpa peranti perlu dibuka sama seperti Samsung Wallet.

Lebih menarik, jika anda tidak simpan sebarang kad pada Samsung Wallet semasa bayaran anda boleh terus tap pada terminal bayaran Z Flip6 atau Z Flip5 anda untuk membayar dengan Google Wallet tanpa menyahkunci peranti. Jika anda ingin cuba, Good Lock tersedia pada Galaxy Store sebagai aplikasi percuma begitu juga dengan setiap pemalam lain.