Google Wallet Kini Menyokong Kad Pengenalan Dan Lesen Memandu Digital

TechnologyDigital
2 Dec 2022 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sokongan Google Wallet diberikan di Malaysia bulan lalu dengan pengguna boleh melalukan pembayaran nirtunai dengan telefon pintar. Di beberapa negara terpilih, Wallet turut boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan dan juga lesen memandu digital.

image is not available

Ciri baharu ini hanya boleh digunakan oleh pengguna di beberapa negeri di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu. Ini meletakkan Wallet setanding dengan Apple Wallet yang lebih awal menyokong ciri yang sama di Amerika Syarikat. Penggunaan telefon pintar sebagai ganti kad pengenalan digital telah lama diusahakan oleh Android.

Di Malaysia kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkannya ID Digital Nasional dalam masa terdekat dengan Selangor juga mengumumkan sokongan yang sama minggu ini. Apabila bila ia diperkenalkan kelak, pastinya ia sedia untuk disokong pada peranti-peranti pintar di Malaysia.