
Google hari ini telah mengumumkan platform komputer riba terbaru mereka yang dinamakan Googlebook yang akan hadir dengan sistem operasi hibrid baru yang menggabungkan ciri-ciri kedua-dua sistem operasi mudah-alih Android dan ChromeOS yang berasaskan web.
Google juga telah mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan jenama-jenama komputer riba seperti ASUS, Acer, Dell dan sebagainya untuk membangunkan komputer riba ini. Apa yang tidak diketahui sehingga kini ialah komponen-komponen yang akan menguasakan platform komputer riba ini.
We're thrilled to partner with @Google on something we've been building with them – Googlebook.
Premium, powerful devices designed for Intelligence. We can't wait to get it into your hands this fall.
Learn more at https://t.co/KEF9BpwmLl#Googlebook #NEXT #Intel pic.twitter.com/PoZClUEFPI
Dalam satu temubual bersama Chrome Unboxed, John Maletis, Timbalan Presiden Google telah mengesahkan bahawa siri Googlebook akan dikuasakan penawaran cip pemprosesan daripada Intel, MediaTek dan Qualcomm.
Apa yang menarik mengenai perkara ini ialah penawaran cip oleh Qualcomm dan MediaTek menggunakan platform cip Arm, manakala penawaran Intel pula tetap menggunakan platform cip Intel x64. Sama ada sistem operasi Googlebook akan menyokong kedua-dua platform cip ini, atau Intel akan hadir dengan cip Arm mereka sendiri tidak diketahui lagi buat masa ini.
Akan tetapi Intel nampaknya adalah syarikat pertama yang telah mengesahkan kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut, dan akan memperkenalkan penawaran Googlebook yang lebih premium untuk pasaran pengguna.


