Amazon Menutup Pusat Pemprosesan Dan Khidmat Amazon Fresh Di Singapura – Kurangkan Sejumlah Pekerja Singapura

LocalBusiness & Finance
13 May 2026 • 8:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Amazon kini mengumumkan penstrukturan semula operasi dan penawaran perkhidmatan Amazon Singapura. Amazon Singapura telah ditawarkan sejak 2019 yang lepas, menawarkan pilihan produk tempatan, selain penawaran barangan runcit melalui Amazon Fresh. Walaubagaimanapun, kini Amazon mengumumkan penamatan penawaran berkenaan.

Melalui perubahan ini, Amazon menyatakan akan menutup pusat pemprosesan dan penghantaran di Singapura, selain turut menamatkan penawaran Amazon Fresh. Sebaliknya, laman Amazon Singapura akan mula menyenaraikan produk-produk dari antarabangsa, termasuk Amazon US, Jepun dan Jerman.

Pada masa yang sama, Amazon menyatakan perubahan ini akan memberikan impak kepada sejumlah pekerja di Singapura, yang akan kehilangan pekerjaan mereka. Amazon menyatakan mereka masih komited dengan pelaburan di Singapura, dan mempunyai sekitar 2500 pekerja di negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved