
GoPro merupakan jenama penyedia kamera aksi yang tidak asing lagi dalam pasaran. Terbaru, hari ini, sebuah syarikat optikal dinamakan Starman Optical mengumumkan pengambil-alihan GoPro dan mengabungkan ia dengan syarikat Starman Optical, sekaligus membentuk syarikat gabungan baharu. Starman Capital akan membayar $285 juta untuk tujuan berkenaan.
Dengan syarikat gabungan ini, GoPro akan terus menawarkan kamera aksi dan meneruskan perkhidmatan langganan serta perkhidmatan awanan mereka. Tidak setakat itu, GoPro turut akan memfokuskan kepada sejumlah arena perniagaan baharu, termasuk untuk sektor pertahanan, kerajaan, robotik, aeroangkasa, dan juga untuk infrastruktur AI. Syarikat gabungan baharu bukan sahaja akan menekankan kepada IP syarikat, tetapi juga kepada kepakaran dalam arena optikal dan juga pengimejan.
GoPro sebelum ini pernah mencapai nilai syarikat sekitar $4 bilion pada 2014 yang lepas, tetapi mengalami penurunan harga dagangan saham dari tahun ke tahun. Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai menjelang penghujung 2026 ini.


