GoPro Hero 11 Black Mini: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
10 Jan 2023 • 11:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

GoPro Hero 11 Black telah diumumkan ketibaannya pada September tahun lepas. Ia turut tiba bersama GoPro Hero 11 Black Mini, kamera lebih kecil yang dilihat sebagai pengganti Hero 5 Session yang dilancar tahun 2018.

Hari ini, GoPro mengumumkan kedatangan GoPro Hero 11 Black Mini ke pasaran Malaysia. Ini melengkapkan ketersediaan barisan keluarga GoPro Hero 11 untuk dibeli di Malaysia.

image is not available

Harga jualan GoPro Hero 11 Black Mini

Peminat di Malaysia boleh mendapatkan GoPro Hero 11 Black Mini dan GoPro Hero 11 Black daripada pengedar sah GoPro di seluruh Malaysia, serta Stor Rasmi GoPro di Shopee. Harga rasminya adalah seperti berikut:

  • GoPro Hero 11 Black Mini – RM1,979
  • GoPro Hero 11 Black – RM2,399
  • GoPro Hero 11 Black Creator Edition – RM3,399

image is not available
GoPro Hero 11 Black (kiri) dan GoPro Hero 11 Black mini (kanan)

Secara ringkas, Hero 11 Black Mini memiliki keupayaan rakaman video dan tangkapan video yang serupa dengan Hero 11 Black. Tetapi ia dipakej di dalam badan lebih kecil dengan mengorbankan bateri dan skrin. Walaubagaimanapun, ia tidaklah sekecil Hero 5 Session dahulu.

Spesifikasi GoPro Hero 11 Black Mini

Dilihat dari luar, Hero 11 Black Mini kehilangan skrin depan dan belakang seperti GoPro Hero 11, tetapi digantikan dengan satu paparan monokrom di bahagian atas untuk memudahkan pemilihan mod rakaman dan status. Selain itu, ia juga ada dua tempat pemegang, satu berada di bawah dan satu lagi berada belakang untuk lebih kepelbagaian cara merakam.

image is not available

Baterinya pula jenis terbina di dalam dan tidak boleh dicabut keluar. Jika habis tenaga, pengguna perlu menghentikan rakaman dan mengecasnya semula menerusi sambungan USB-C. Atau cara lain, mendapatkan bantuan pengecas mudahalih seperti powerbank.

Sama seperti keupayaan GoPro Hero 11 Black, versi mini juga dilengkapi teknologi HyperSmooth 5.0 yang berupaya mengunci pemandangan kamera walau berputar 360-darjah. Ini memberikan lebih kestabilan semasa merakam video.

image is not available

Sensor rakaman GoPro Hero 11 Black Mini memiliki nisbah 8:7 dan resolusi 27MP. Ia mampu merakam video dengan resolusi Cinematic 5.3K60, 4K120 dan 2.7K240. Untuk tangkapan gambar, ia boleh pergi sehingga 24.7MP.

Lagi manfaat sensor yang lebih besar adalah GoPro memperkenalkan Hyperview. Ia adalah mod sudut pandang yang lebih luas daripada Superview apabila imej 8:7 ditekan menjadi 16:9 bagi mendapatkan sudut pandang tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk GoPro Hero 11 Black mini. Tonton juga ulasan Hanif tentang GoPro Hero 11 di dalam video di bawah:

Bacaan Berkaitan