GoPro Hero 12 Black Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM1,999

TechnologyDigital
8 Sep 2023 • 2:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GoPro Hero 12 Black kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,999. Kemudiannya meningkat kepada RM2,999 untuk GoPro Hero 12 Black Creator Edition.

image is not available

Turut ditawarkan adalah Max Lens Mod 2.0 berharga RM519 yang dijual berasingan. Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula 13 September 2023 menerusi pengedar sah GoPro di seluruh Malaysia.

image is not available

image is not available

Kamera aksi baharu ini menjadi kemaskini untuk GoPro Hero 11 Black sebelum ini, yang turut mampu meneruskan legasi jenama ini dengan beberapa naiktaraf menarik.

Misalnya seperti peningkatan tempoh rakaman dibuat yang kini sehingga 2.5 jam pada tetapan 1080P/60FPS menerusi penggunaan bateri baharu Enduro. Menariknya lagi apabila bateri Enduro ini turut boleh beroperasi dalam keadaan sejuk.

image is not available

image is not available

Menerusi sensor 27MP 1/1.9″ CMOS kamera ini boleh membuat rakaman video sehingga 5.3K 60FPS, dalam masa sama turut menyokong pelbagai mod tangkapan termasuklah menegak dengan nisbah aspek 9:16 yang memudahkan perkongsian di media sosial secara terus tanpa disunting.

image is not available

image is not available

Turut diberikan adalah penstabilan video dan imej serba baharu HyperSmooth 6.0, yang turut menyokong AutoBoost dipertingkatkan untuk lebih stabil tanpa gegar.

image is not available

GoPro turut menambah ciri merakam audio daripada AirPods atau sebarang fon telinga bluetooth, yang juga membolehkan pelbagai kawalan dibuat menggunakan suara. Selain turut disertakan kebolehan sambungan ke sehingga 4 peranti secara serentak.

image is not available

image is not available

Dalam masa sama tubuhnya turut direka semula dengan kemampuan lensa yang boleh ditanggalkan dan ditukar ganti dengan mudah. Seterusnya turut diiklankan kalis air tanpa memerlukan kerangka pelindung tambahan.