Redmi 12 5G Disenaraikan Berharga RM1099 Di Malaysia – Tetapi Boleh Dibeli Melalui Pakej Celcom Atau Digi Sahaja

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 8:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini mengumumkan penawaran satu lagi peranti baharu untuk pasaran tempatan, iaitu variasi Redmi 12 dengan sokongan rangkaian 5G. Menawarkan spesifikasi asas bersama akses rangkaian 5G, namun, Redmi 12 5G ini hanya ditawarkan melalui pelan pascabayar Celcom atau Digi sahaja pada harga RM49.

image is not available

Melalui poster yang dikongsikan, Redmi 12 5G dilihat disenaraikan pada harga RM1099 untuk pasaran tempatan. Harganya boleh dikatakan agak jauh tinggi berbanding model 4G yang berharga RM599 di Malaysia.

Redmi 12 hadir dengan skrin 6.79-inci FHD+ LCD, cip Snapdragon 4 Gen 2, memori 8GB RAM dan storan 256GB.

Ia turut hadir dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, disamping kamera hadapan 8MP. Melengkapkan ia adalah bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

image is not available

Buat masa ini, Xiaomi tidak menyatakan bilakah ia akan dijual berasingan tanpa sebarang pelan telekomunikasi. Ia hanya ditawarkan bersama Celcom MEGA 98 (RM98 sebulan) atau Digi Postpaid 90 (RM90 sebulan) dibawah kontrak 24 bulan, dan perlu membeli Redmi 12 5G pada harga RM49 dibawah pelan berkenaan.