GoPro Mission 1 Dengan Sensor 50MP 1″ Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

LocalDigital
24 Jun 2026 • 11:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kamera aksi tahan lasak GoPro Mission 1, GoPro Mission 1 Pro dan GoPro Mission 1 Pro Grip Edition dengan sensor 50MP sebesar 1″ MFT secara rasmi dilancarkan di Malaysia hari ini selepas dua bulan dilancarkan.

Image from: GoPro Mission 1 Dengan Sensor 50MP 1″  Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Ia mampu merakam video pada tetapan 8Kp60 (16:9) dan 8K Open Gate 30p (4:3) serta kadar bit 240 Mbps, 10-bit GP-Log2, HLG HDR dan kemampuan rakaman gerak perlahan 96FPS. Kemampuan rakaman pada tetapan lebih tinggi hanya pada model GoPro Mission 1 Pro. Kemampuan rakaman gambar pula ialah 50MP dengan terdapat kawalan penuh untuk ISO, pengatup, EV, dan white balance. Gambar juga menyokong mod 10-bit HLG HDR.

Sensor MFT yang digunakan dipadankan dengan pemproses GP3 yang meningkatkan kestabilan rakaman beresolusi tinggi, prestasi baik dalam situasi pencahayaan rendah dan pengurusan haba yang lebih baik.

Image from: GoPro Mission 1 Dengan Sensor 50MP 1″  Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999

Kerana ia masih sebuah kamera aksi, Mission 1 Pro mempunyai kemampuan kalis air sehingga 20 meter atau sehingga 60 meter apabila dipadankan dengan cangkerang menyelam. Butang pada kamera juga direka lebih besar bagi memudahkan ia digunakan walaupun dengan sarung tangan. Terdapat skrin 2.59″ OLED di belakang dan di depan pula 1.4″.

Sementara itu bateri Enduro 2 baharu mempunyai kapasiti 13% lebih besar memberikan kemampuan rakaman lebih 5 jam pada tetapan 1080p 16:9 24/25/30p, 101 minit pada tetapan 4K 120p dan 74 minit pada tetapan 8K 60p dengan adanya peredaran udara.

Di Malaysia harga jualan adalah seperti di bawah.

  • GoPro Mission 1 – RM2999
  • GoPro Mission 1 Pro – RM3499
  • GoPro Mission 1 Pro Grip – RM3799
Image from: GoPro Mission 1 Dengan Sensor 50MP 1″  Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2999
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved