ChatGPT Aplikasi Terpantas Mencapai 1 Bilion Pengguna Bulanan

Technology
3 Jun 2026 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ChatGPT Aplikasi Terpantas Mencapai 1 Bilion Pengguna Bulanan

ChatGPT semalam secara rasmi memasuki kumpulan aplikasi yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan (MAU) menurut data yang dikongsi oleh Sensor Tower. Ia berlaku sekitar 3 tahun selepas aplikasi dilancarkan untuk iOS pada 19 Mei 2023.

Image from: ChatGPT Aplikasi Terpantas Mencapai 1 Bilion Pengguna Bulanan

Jauh lebih pantas berbanding aplikasi TikTok (sekitar 5 tahun), Instagram (7.7 tahun), YouTube (8.1 tahun), dan Facebook (8.7 tahun). Sungguhpun begitu peningkatan jumlah pengguna melebihi 1 bilion ini masih di belakang sasaran asal OpenAI yang meramalkan ia berlaku pada penghujung 2025.

OpenAI diikuti rapat oleh Google Gemini yang kini mempunyai 900 juta MAU seperti diumumkan di Google I/O bulan lalu. Sementara itu aplikasi Claude pula walaupun belum mencapai angka 1 bilion MAU mencatakan peningkatan jumlah pengguna lebih pantas berbandig ChatGPT. Ini mungkin menjadi sebab mengapa Anthropic memfailkan IPO mereka secara sulit semalam lebih awal daripada OpenAI.

Sumber – Reuters



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved