Goreng Ayam Dalam Minyak Masak Hitam, Menu ‘Street Food’ Indonesia Ini Jadi Tumpuan

Entertainment
11 Feb 2023 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau anda melancong ke ke mana-mana negara, memang wajib cuba street food mereka sebab dengan cara inilah anda dapat rasa sendiri makanan tempatan.

Namun, street food di Bandung, Indonesia ini pula menjadi perhatian ramai termasuklah netizen Indonesia sendiri kerana ayamnya digoreng dalam minyak yang berwarna hitam!

Ramai warganet Indonesia sendiri juga mempersoalkan adakah makanan tersebut sihat dimakan.

Video ayam goreng ‘minyak hitam’ itu telah dikongsikan di TikTok oleh akaun kuliner1.menit sebelum dimuat naik semula di Twitter.

image is not available

Difahamkan, ayam goreng minyak hitam itu merupakan salah satu menu yang dijual di gerai makanan di tepi jalan di Bandung dan gerai itu dinamakan sebagai Ayam Goreng Suniartu.

Namun, anda jangan salah faham, ayam tersebut bukanlah digoreng dalam minyak hitam.

Ayam itu sebenarnya telah diperap dengan kicap sebelum digoreng, jadi apabila digoreng dalam minyak masak, minyak masak berkenaan telah bertukar menjadi warna hitam akibat perapan kicap tadi.

image is not available

Walau bagaimanapun, netizen negara itu tetap ragu-ragu dengan minyak berkenaan kerana risau minyak masak berwarna hitam akibat kicap itu akan menjadi alasan peniaga untuk tidak menukar minyak masak.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang risau dengan jumlah kolesterol dan kalori yang ada dalam ayam goreng tersebut.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga wargamaya negara seberang yang telah mencuba menu itu mengatakan ayam itu sedap kerana rasanya manis manakala sambalnya juga tak kurang enaknya.

Biasa la tu kan, taste orang kan lain-lain.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.