
BMW dikhabarkan akan menggantikan Toprak Razgatlıoğlu dengan Danilo Petrucci pada musim WorldSBK 2026.
Pelumba sensasi Turki, Toprak Razgatlıoğlu, telah sah akan meninggalkan pasukan BMW selepas musim WorldSBK 2025. Beliau akan melangkah ke pentas MotoGP bersama pasukan Prima Pramac Yamaha bermula musim 2026.
Dikhabarkan BMW telahpun menemui pengganti yang sangat sesuai iaitu pelumba Itali, Danilo Petrucci. Perjanjian antara Petrucci dan BMW dijangka akan dimuktamadkan ketika pusingan SBK di Balaton Park, Hungary.
Petrucci, yang digelar “Petrux”, memiliki pengalaman luas sebagai bekas pelumba MotoGP (memenangi perlumbaan untuk pasukan Factory Ducati). Malahan pernah muncul juara perlumbaan di Superstock 1000, Moto America Superbikes, Rally Dakar dan WorldSBK.
Bermula musim 2023 sehingga 2025, beliau masih berlumba dalam WorldSBK bersama pasukan (Independent) Barni Spark Ducati dan berjaya mencatat beberapa podium serta kemenangan manis.
Dengan kemasukan Petrucci, tempat pelumba sedia ada Michael van der Mark berkemungkinan besar akan terjejas. BMW turut diberitakan mengintai Aron Canet, pelumba muda Sepanyol yang muncul naib juara Moto2 2024, sebagai calon masa depan untuk pasukan mereka.
The post GOSSIP : Petrux calon pengganti Toprak appeared first on TW Media.

