Gotze Ucap Selamat Hari Merdeka Malaysia

1 Sep 2022 • 7:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Grafik yang disertakan bersama ucapan Gotze yang menampilkan Menara Berkembar Petronas. - Gambar dari Facebook Mario Gotze

KUALA LUMPUR - Bekas penyerang prolifik Jerman, Mario Gotze mencetuskan sensasi di media sosial apabila mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia di Facebook hari ini.

Menariknya dalam hantaran tersebut, Gotze turut menggunakan tanda pagar Keluarga Malaysia Teguh Bersama iaitu tema hari kebangsaan negara kali ke-65 yang disambut semalam.

Gotze yang kini bermain bersama kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dalam ucapannya turut mendoakan supaya Hari Kemerdekaan itu membawa rezeki dan kejayaan kepada negara Malaysia.

“Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

“Semoga Hari Kemerdekaan ini membawa rezeki dan kejayaan. #KeluargaMalaysiaTeguhBersama,” katanya.

Setakat jam 6.30 petang tadi, ucapan tersebut mendapat 2,100 tanda suka, 162 ulang siar dan 176 komen yang rata-rata berterima kasih atas ucapan tersebut.

Gotze adalah penyerang Jerman yang pernah membantu gergasi bola sepak itu merangkul kejuaraan di Piala Dunia tahun 2014 apabila berjaya menumpaskan Argentina pada perlawanan akhir.

Beliau, yang sebelum ini bermain dengan kelab gergasi Jerman Borussia Dortmund dan Bayern Munich, menjaringkan gol tunggal perlawanan tersebut di minit ke-113 dalam pertembungan di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. - Getaran, 1 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved