GP Bahrain: Verstappen sambar petak hadapan pertama musim ini

3 Oct 2026 • 5:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: GP Bahrain: Verstappen sambar petak hadapan pertama musim ini

SEPANG – Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen membuktikan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merupakan ‘taman permainannya’ apabila menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain hari ini.

Pada sesi yang berlangsung sebentar tadi, juara dunia empat kali itu mengetepikan cabaran pelumba-pelumba lain selepas berjaya melakukan catatan masa terpantas 1 minit 35.130 saat (s) di sesi kelayakan ketiga.

Petak hadapan diraih Verstappen menunjukkan kualiti yang dimilikinya selaku pemandu berpengalaman, lebih-lebih lagi dia turut menguasai hampir kesemua sesi latihan bebas sebelum ini.

Lebih manis, ia juga merupakan petak hadapan pertama Verstappen pada saingan musim ini selepas tuah tidak menyebelahinya dalam 15 perlumbaan terdahulu.

Pelumba Belanda itu berkata, dia gembira kerana dapat mempamerkan aksi cukup baik sepanjang sesi kelayakan yang berlangsung sebentar tadi, sekali gus mendapatkan semula rentak sama seperti awal musim ini.

“Satu keputusan yang sangat menakjubkan untuk kami jika dilihat prestasi (hambar) kami sepanjang saingan musim ini. Dalam beberapa perlumbaan sebelum ini, kami sekadar hampir (petak hadapan) tetapi di sini, ianya sangat positif.

“Saya fikir sejak latihan bebas pertama lagi kami bermula dengan sangat baik dan berjaya mengekalkan rentak tersebut. Jadi, saya sangat gembira untuk berada di petak hadapan,” katanya dalam sidang media sejurus tamat sesi kelayakan.

Image from: GP Bahrain: Verstappen sambar petak hadapan pertama musim ini
HAMILTON dijangka mampu mencabar Verstappen apabila akan bermula di petak kedua pada perlumbaan sebenar esok. – SHIDDIEQIIN ZON

Dalam pada itu, petak kedua bagi perlumbaan esok menjadi milik pelumba Ferrari, Lewis Hamilton yang melakukan catatan masa 1:35.428s diikuti seorang lagi wakil Red Bull, Isack Hadjar dengan catatan 1:35.558s di.

Sebagai rekod, Verstappen merupakan pelumba terakhir yang memenangi perlumbaan di Sepang pada GP Malaysia sembilan tahun lalu dan dia memiliki peluang cerah untuk melakukannya sekali lagi.

“Memang sentiasa sukar berlumba di sini kerana ia sangat panas untuk diri kami, brek dan tayar. Perlumbaan esok pasti sangat sukar dan kami perlu menguruskannya dengan bijak,” ujarnya.

Sementara itu, Hamilton pula menyifatkan jenteranya mempamerkan prestasi cukup baik, namun masih ketinggalan kepada beberapa pasukan seperti Mercedes dan Red Bull ketika melalui jalan lurus.

“Saya rasa amat menarik di sini kerana jentera berada dalam keadaan cukup baik dan kami melakukan banyak perubahan. Bagaimanapun, pasukan lain lebih pantas berbanding kami ketika di laluan lurus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post GP Bahrain: Verstappen sambar petak hadapan pertama musim ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved