GPS akan umum senarai pada 25 November

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 4:12 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: GPS akan umum senarai pada 25 November

PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai penuh semua 82 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 pada 25 Nov ini.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut membayangkan kemungkinan berlaku perubahan dalam senarai calon parti itu bagi memberi peluang kepada gabungan pemimpin muda dan berpengalaman.

“Sudah tentu ada kemungkinan pertukaran. Kita (GPS) mempunyai yang muda dan yang berpengalaman sebagai calon-calon yang akan diketengahkan.

“Kita akan kongsikan pada 25 Nov ini. Semua 82 calon, tunggulah kelak,” katanya seperti dilaporkan FMT pada majlis Konvensyen Parti PBB Zon Selatan.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Abang Johari menyeru anggota PBB yang tidak dicalonkan dalam PRN kali ini untuk terus memberi sokongan kepada mana-mana calon dipilih.

Beliau berkata semangat dan budaya saling memberikan sokongan menjadi asas kejayaan PBB yang merupakan parti tunjang dalam GPS.

Sebelum ini, Abang Johari dilaporkan memberi bayangan bahawa lapan penyandang kerusi DUN daripada GPS berkemungkinan dikekalkan sebagai calon, membabitkan empat wakil PBB iaitu Fazzrudin Abdul Rahman, Ibrahim Baki, Hamzah Brahim dan Martin Ben.

Empat lagi penyandang daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Dr Sim Kui Hian, Lo Khere Chiang, Wilfred Yap Yau Sin dan Ding Kuong Hiing.

GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). – UTUSAN

The post GPS akan umum senarai pada 25 November appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved