GPS Kunjungi PM, 'Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak Pasti Lebih Akrab' - Anwar

Politics
26 Nov 2022 • 4:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar menerima kunjungan Abang Johari (dua dari kanan) di kediamannya. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bersama rombongan pemimpin itu di kediamannya.

Perdana Menteri berkata, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menjadi antara tonggak selain Barisan Nasional (BN), Parti Warisan (WARISAN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk Kerajaan Perpaduan dikemudinya.

“InshaAllah, hubungan di antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak, pastinya lebih akrab.

“(Ia juga) diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available
Abang Johari dan Anwar Ibrahim.

Anwar turut berkongsi beberapa gambar pertemuan itu menerusi status sama.

GPS bersama BN dan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan diterajui Anwar pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ia dibuat selepas tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah.

Pada PRU-15, PH mendapat kerusi paling banyak, iaitu 82, diikuti Perikatan Nasional (73), BN (30) dan GPS (23).

Kerajaan Perpaduan itu kemudian disertai WARISAN dan GRS.

Bagaimanapun, PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berkenaan dan memilih menjadi pembangkang  – Getaran, 26 November 2022