GPT-5 Kini Dikatakan Lebih Mesra Dan Tidak Terlalu “Skema”

Technology
18 Aug 2025 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI kini mengatakan mereka telah mengemaskini penawaran model kecerdasan buatan terbaru mereka, GPT-5, menjadikan kini ia lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini. Kemaskini ini dilaksanakan selari dengan pelbagai maklumbalas pengguna mengatakan GPT-5 dilihat terlalu formal atau “skema” sebelum ini.

Melalui kemaskini baharu ini, interaksi awal dijangka lebih mesra, dan tidak dibuat-buat atau terlalu formal.

image is not available

Sebelum ini, GPT-5 telah diperkenalkan melalui ChatGPT, mengatakan ia menawarkan bakat pada tahap “PhD”, terutamanya dalam pengaturcaraan, penulisan, sains dan matematik. Disamping itu, pihak ChatGPT turut menambah sokongan personaliti pada GPT-5, membolehkan pengguna untuk memilih personaliti berbeza dalam berinteraksi dengan mereka.

Pada masa yang sama, ChatGPT juga kini menyediakan akses kepada GPT-40 dibawah label model legasi, dan dijangka membuangnya sepenuhnya tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved