Kemaskini Aplikasi RHB Bank Memperkenalkan Widget Pintasan Kepada Fungsi Penting

LocalTechnology
12 Aug 2025 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini, RHB Bank telah memperkenalkan kemaskini baru kepada aplikasi perbankan mereka, yang kini hadir dengan widget perkhidmatan perbankan pantas dan membolehkan pengguna untuk mengakses sejumlah ciri-ciri aplikasi tersebut tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

image is not available

Ini termasuklah ciri akses kepada pembayaran menggunakan kod QR, ciri penghantaran wang, pembayaran bil dan juga ciri Secure Plus untuk pengesahan pembayaran digital.

image is not available

Jika anda pelanggan RHB Bank dan menggunakan aplikasi pembankan mereka, anda boleh mengaktifkan widget ini melalui menu pada peranti Android dan iOS anda setelah mengemaskini aplikasi pada versi terbaru, dan bergantung kepada fungsi yang anda gunakan, ia akan terus membawa anda ke muka laman fungsi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved