Grab AudioProtect Kini Mandatori Pada Semua Perjalanan Grab

LocalTechnology
25 Sep 2026 • 4:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri Grab AudioProtect kini mandatori pada semua perjalanan dilakukan dalam perkhidmatan seru pandu Grab. Grab AudioProtect akan merakam audio daripada permulaan sehingga usai perjalanan bagi tujuan keselamatan.

Sistem ini diperkenalkan oleh Grab pada tahun 2023 tetapi pada waktu tersebut diaktifkan perlu secara manual oleh pemandu bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku perbalahan atau kecemasan.

Image from: Grab AudioProtect Kini Mandatori Pada Semua Perjalanan Grab

Audio rakaman akan disimpan dan disulitkan dalam peranti penumpang. Sekiranya tiada insiden kecemasan, audio ini akan dipadam selepas perjalanan tamat. Ia tidak akan dikongsi dengan Grab. Klip sepanjang 15 saat akan dihantar kepada Grab jika berlaku insiden dengan ia dijadikan bukti untuk menyelesaikan isu antara penumpang dan pemandu.

Sistem ini mandatori untuk sentiasa mendengar audio persekitaran semasa perjalanan dilakukan. Sistem akan mengenalpasti insiden yang memerlukan perhatian Grab seperti mengesan jeritan, pergaduhan atau bunyi berlakunya kemalangan.

Notifikasi akan dihantar kepada telefon penumpang dan pemandu untuk menyoal sama bantuan diperlukan. Ia dalam bentuk notifikasi dalam aplikasi dan peringatan audio. Pada peranti penumpang. jika tiada jawapan balas diberikan, sistem keselamatan Grab akan menghubungi penumpang atau pemandu secara terus. Bantuan kecemasan akan diberikan sekiranya diperlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved