Pelayar web Internet Explorer (IE) ditamatkan pembangunannya pada tahun 2022 dengan pengguna disarankan berpindah ke Microsoft Edge. Tetapi Microsoft menyedari masih banyak organisasi dan perniagaan masih menggunakan IE dan oleh itu IE Mode disertakan dalam Edge apabila ia diperlukan.

Tetapi Microsoft kini mengingatkan pembangunan IE Mode akan dihentikan seawal 2029. Selepas tarikh tersebut sokongan akan dihentikan untuk memastikan sebarang aplikasi dan applet legasi terus berfungsi. Pembangun kini perlu bersedia melakukan perubahan perisian dengan migrasi daripadapergantungan kepada IE.
IE menggunakan enjin Trident (MSHTML) yang berbeza dengan Chromium yang digunakan oleh Edge. Ia menyokong WebGL, applet lama dan juga protokol SPDY yang telahpun dihentikan. Ini menjawab persoalan mengapa sesetengah laman web memerlukan IE untuk beroperasi kerana ia satu-satunya yang menyokong protokol lama.


