Grab Beli Operasi FoodPanda Taiwan Pada Nilai $600 Juta

LocalBusiness & Finance
23 Mar 2026 • 6:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Grab kini mengumumkan telah bersetuju untuk membeli operasi FoodPanda di Taiwan pada nilai $600 juta, iaitu sekitar RM2.36 bilion. Dengan pengambil-alihan ini, ia turut memperlihatkan kemasukkan Grab ke Taiwan, selepas selama ini memfokuskan operasi di Asia Tenggara.

image is not available

Dengan pengambil-alihan operasi FoodPanda di Taiwan, ia secara serta-merta memberikan akses kepada 21 bandar sekitar Taiwan dalam menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Sebelum ini, pihak Delivery Hero, pemilik operasi FoodPanda di Taiwan telah bersetuju menjualnya kepada Uber pada nilai $950 juta, namun, langkah berkenaan telah ditolak oleh pihak berkuasa di Taiwan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pengambil-alihan Grab di Taiwan ini akan menghadapi masalah sama seperti Uber atau tidak. Grab menyatakan urusan pengambil-alihan ini dijangka selesai menjelang pertengahan kedua 2026 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved