
Netflix sedia menarik diri daripada pengambil-alihan sebahagian Warner Bros. Discovery, sekaligus memperlihatkan Paramount mungkin menjadi pemilik baharu syarikat kandungan video berkenaan. Terbaru, laporan hadir mengatakan Tencent mungkin melabur beberapa ratus juta pada pengambil-alihan ini, sekaligus membantu Paramount.
Ia dikatakan Tencent akan membantu dari segi kewangan sahaja buat masa ini, dan tidak terlibat dengan sebarang operasi dan lain-lain. Untuk makluman, pihak Tencent sedia mempunyai pegangan minoriti pada Paramount. Namun, tidak diketahui perkara ini akan diteruskan atau sebaliknya.
Kebelakangan ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat tidak begitu membenarkan penyertaan syarikat-syarikat China dalam syarikat tempatan di sana, dengan memetik “keselamatan negara”. Sebelum ini juga, ia diperkatakan Donald Trump pertimbang untuk tidak membenarkan Tencent mempunyai pegangan pada syarikat permainan video di Amerika.


