Grab hargai rakan penghantar menerusi Penghargaan Rakan Grab

LocalBusiness & Finance
23 May 2026 • 3:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Grab hargai rakan penghantar menerusi Penghargaan Rakan Grab
Grab komited memperkasa ekonomi rakyat menerusi peluang pendapatan yang lebih mampan dan fleksibel.
Image from: Grab hargai rakan penghantar menerusi Penghargaan Rakan Grab
Menurut kajian pada tahun 2026 mendapati sebanyak 74 peratus rakan wanita Grab melaporkan mereka menikmati tahap kebebasan kewangan yang lebih baik menerusi platform tersebut.

SUNGAI BULOH - Grab Malaysia (Grab) menganjurkan program ‘Penghargaan Rakan Grab’ sebuah usaha berterusan sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting dimainkan rakan-pemandu dan penghantar Grab dalam memastikan kelancaran ekosistem platform berkenaan.

Menerusi program itu, Grab dengan kerjasama Central Mart mengagihkan baucar petrol dan barangan runcit kepada rakan penghantar dan pemandu yang hadir, sebagai sebahagian daripada inisiatif yang lebih luas bagi membantu mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup

Menurut Grab, usaha membantu rakan platform itu selari dengan inisiatif nasional dalam mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Pengarah Kanan Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, Grab komited memperkasa ekonomi rakyat menerusi peluang pendapatan yang lebih mampan dan fleksibel.

“Grab percaya dalam menyumbang ke arah memacu Malaysia ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua.

“Menerusi pelbagai alat dan program yang membantu rakan kami membina peluang pendapatan jangka panjang yang lebih berdaya tahan, kami menyediakan platform yang membolehkan semua pihak berkembang maju.

“Dalam masa sama, bantuan jangka pendek seperti pemberian baucar turut dapat memberi sedikit ruang bernafas kepada rakan kami dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini,” katanya.

**media[3530451]**

Beliau berkata, Grab mahu memastikan ekonomi gig terus kekal sebagai ekosistem pendapatan yang mampan dan relevan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tambah beliau, Grab turut memperkenalkan teknologi seperti AI Ride Guide.

Katanya, kemudahan itu membolehkan rakan penghantar bekerja dengan lebih fleksibel mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Dalam pada itu,, pendekatan Grab turut membantu memperkasakan wanita yang sering mempunyai pilihan terhad untuk menjana pendapatan.

Menurut kajian pada tahun 2026 mendapati sebanyak 74 peratus rakan wanita Grab melaporkan mereka menikmati tahap kebebasan kewangan yang lebih baik menerusi platform tersebut.

“Adalah penting untuk Grab melaksanakan perkara ini dengan tepat kerana ia merupakan teras kepada pendekatan kami.

“Sebagai syarikat berteraskan misi, kejayaan kami bukan sahaja diukur melalui pertumbuhan syarikat, tetapi juga impak sosial positif dan berkekalan terhadap komuniti yang kami berkhidmat.

“Teknologi yang disertakan dengan nilai kemanusiaan mampu memperkasakan rakan platform untuk menjana pendapatan dan membina masa depan yang lebih baik menerusi sokongan menyeluruh, keselamatan, pendapatan mampan serta peningkatan kemahiran,” katanya.

Selain teknologi dalam platform, Grab telah melabur lebih RM10 juta sepanjang tahun 2025 melalui GrabBenefits. Ia meliputi perlindungan insurans kemalangan diri, caruman PERKESO dan inisiatif penjimatan kos harian. Pelaburan ini juga memperkukuhkan pembangunan kemahiran menerusi GrabAcademy.