#SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

22 May 2026 • 8:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

100 rakan penghantar Grab Malaysia wanita berkonvoi. Cipta sejarah baru dalam Malaysia Book of Records!

Grab Malaysia bersama Kiehl’s telah berjaya mencipta rekod baru Malaysia di bawah kategori Most Female Delivery-Partners in a Convoy, apabila 100 rakan penghantar wanita Grab bergerak serentak dalam konvoi yang berlangsung di Sunway Pyramid.

Advertisement

Siapa Wanita Hebat Yang Jayakan Inisiatif #SisBoleh?

Image from: #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

Mereka bukan selebriti mahupun influencer. Tapi setiap hari, merekalah yang pastikan pesanan GrabFood anda sampai dalam keadaan masih hangat, barang dari GrabMart anda tiba dengan sempurna, dan penghantaran GrabExpress selamat ke tangan penerima.

Image from: #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

Image from: #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

Kolaborasi Grab dan Kiehl’s ini adalah untuk menghargai usaha rakan penghantar wanita yang menjadi sebahagian daripada ekosistem penggerak bandar ini pada setiap hari.

Kiehl’s Bantu Beri Perlindungan & Keyakinan Buat Rakan Penghantar Wanita

Kiehl’s, jenama penjagaan kulit antarabangsa hadir sebagai rakan kongsi untuk meraikan wanita-wanita hebat ni.

Setiap rakan penghantar yang terlibat dalam konvoi bersejarah ini pulang dengan beg cenderahati eksklusif daripada Kiehl’s sebagai tanda penghargaan buat komuniti wanita tersebut.

#SisBoleh Serlah Kekuatan Wanita Penggerak Bandar

Image from: #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

Dengan 100 wanita menunggang serentak dan mencipta rekod baru Malaysia, mereka bukan sahaja menjayakan misi konvoi terbesar, malah mereka juga telah melakar nama dalam sejarah Malaysia Book of Records.

Jadi, menerusi inisiatif #SisBoleh, kolaborasi bersama Kiehl’s ini telah membuktikan bahawa wanita Malaysia juga mampu melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, serta berani untuk menempuh apa jua cabaran mendatang!

Image from: #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s

 

The post #SisBoleh, 100 Rakan-Penghantar Wanita Grab Cipta Sejarah Fenomenal Malaysia Book of Records Bersama Kiehl’s first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.