Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita

Local
11 Mar 2026 • 2:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Langkah Berani Grab untuk Kaum Hawa di Malaysia

Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD2026), Grab Malaysia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk memberikan wanita lebih pilihan, keselesaan dan ketenangan fikiran di sepanjang perjalanan, di samping membuka lebih peluang menjana pendapatan kepada wanita di platform ini. Grab memperkenalkan Women-Only Rides (Beta), iaitu perkhidmatan yang memadankan penumpang wanita secara eksklusif dengan rakan pemandu wanita, serta melancarkan kempen pengambilan rakan pemandu wanita baharu di seluruh negara bagi meluaskan lagi komuniti rakan pemandu wanita di seluruh negara. 

Kini tersedia secara eksklusif melalui tempahan awal (Advance Booking) di Lembah Klang, perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) diperkenalkan bagi memenuhi permintaan daripada rakan pemandu dan juga pengguna wanita yang mahukan pilihan keselamatan yang dipertingkat, terutamanya ketika melakukan perjalanan bersendirian. Pilihan perjalanan ini hanya dapat dilihat oleh penumpang wanita dan padanan dibuat secara eksklusif dengan rakan pemandu wanita yang disahkan, sekali gus memberikan keyakinan tambahan kepada kedua belah pihak. 

Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita
Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita

Bagi memastikan integriti platform, penumpang perlu melengkapkan proses pengesahan sekali sahaja menggunakan MyKad (atau pasport) beserta swafoto untuk pengesahan jantina, yang akan disemak silang dengan rekod rasmi sebelum mereka boleh mengakses perkhidmatan ini. 

“Pelancaran ini mengukuhkan lagi komitmen Grab sekian lama terhadap keselamatan dan pemerkasaan wanita. Dibina berasaskan infrastruktur keselamatan sedia ada Grab, perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) memperluaskan inisiatif #SisBoleh yang bermula pada tahun 2023. Ini bukan sekadar ciri baharu, tetapi usaha memastikan setiap wanita mempunyai ruang selamat untuk bergerak dan menjana pendapatan,” kata Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia. 

Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita
Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia

“Dengan mengukuhkan kepercayaan, kita mewujudkan manfaat bersama: keselesaan yang lebih baik untuk penumpang wanita dan lebih banyak peluang menjana pendapatan untuk rakan pemandu wanita. Apabila kami mengutamakan ketenangan fikiran wanita, kami juga menyokong laluannya menuju kebebasan kewangan.”

Perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) melengkapi langkah-langkah keselamatan awam yang lebih luas seperti gerabak keretapi khas wanita dan zon parkir khusus untuk wanita, dengan memperluaskan perlindungan tersebut ke perjalanan jarak akhir (last mile) yang amat penting. 

Perkhidmatan ini dilancarkan semasa sambutan Hari Wanita Antarabangsa Grab, yang dianjurkan oleh pemimpin wanita kanan Grab untuk rakan pemandu wanita, dan dihadiri oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Lim Hui Ying. Acara ini menekankan komitmen bersama untuk mobiliti yang lebih selamat dan inklusif bagi wanita di seluruh Malaysia. 

Meraikan nadi utama platform: YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama barisan kepimpinan Grab Malaysia; serta rakan pemandu dan penghantar wanita Grab Malaysia semasa sambutan Hari Wanita Sedunia 2026. Ia menzahirkan komitmen Grab terhadap keselamatan, peluang pendapatan fleksibel dan pemerkasaan ekonomi wanita.

Memperluas Akses Ekonomi

Bagi memenuhi permintaan berpotensi untuk Women-Only Rides (Beta) serta mewujudkan peluang pendapatan yang lebih fleksibel, Grab juga melancarkan kempen Pengambilan Rakan Pemandu Wanita (Women Driver Acquisition), yang berlangsung dari 8 Mac sehingga 30 September 2026. Inisiatif seluruh negara ini bertujuan memperluaskan komuniti rakan pemandu wanita dengan berpandukan piawaian keselamatan kukuh yang diterapkan oleh platform ini.

Kempen ini menggalakkan lebih ramai wanita memanfaatkan peluang menjana pendapatan fleksibel Grab sambil menyediakan alat dan sokongan yang diperlukan untuk berkembang dalam ekonomi digital. Rakan pemandu wanita baharu berpeluang memperoleh ganjaran bernilai keseluruhan RM100,000 termasuk baucar minyak dan hadiah utama Proton Saga. Selain ganjaran, kempen ini menjemput lebih ramai wanita menyertai komuniti di mana mereka boleh menjana pendapatan secara fleksibel sambil merasa lebih selamat dan disokong di jalan raya. 

Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita
(Dari kiri) Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia; YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Naomi Sundrasaykarum, Ketua Keselamatan Platform Serantau, Grab; dan Wan Norazizul Azma Wan Zulkafli, mewakili rakan pemandu wanita Grab semasa pelancaran Women-Only Rides (Beta) bersempena Hari Wanita Sedunia 2026.

Pengumuman ini menandakan evolusi #SisBoleh, inisiatif pemerkasaan wanita Grab yang mula diperkenalkan pada tahun 2023. Dibina berdasarkan tiga teras iaitu #SisBoleh Drive With Confidence, #SisBoleh LevelUp, dan #SisBoleh Community, program ini telah berkembang menjadi ekosistem menyeluruh yang menyokong rakan pemandu dan penghantar wanita Grab dengan memberi mereka keselamatan, kemahiran dan perasaan kekitaan sejak mereka menyertai platform ini. 

Perkhidmatan Women-Only Rides (Beta) dan kempen Women Driver Acquisition beroperasi berasaskan rangka keselamatan menyeluruh Grab, yang direka supaya setiap pengguna boleh bekerja dan bergerak dengan selamat, yakin, dan berkesan dalam apa jua persekitaran:

  • Saringan keselamatan semasa pendaftaran: Setiap rakan pemandu menjalani proses saringan ketat sebelum menyertai platform, termasuk pemeriksaan keselamatan dan saringan kesihatan fizikal. 
  • Pengesahan Wajah Berkuasa AI: Rakan pemandu dan penumpang dikehendaki menghantar swafoto secara langsung sebelum mengakses aplikasi; model pembelajaran mesin akan menentukan sama ada wajah itu asli atau tidak berdasarkan pergerakan dan pencahayaan, bagi mengelakkan akses palsu. 
  • Penyamaran Nombor: Melindungi dan memastikan privasi maklumat perhubungan kedua-dua pihak dengan memaparkan satu set digit rawak dan bukan nombor telefon sebenar.
  • Kongsi Perjalanan: Semasa perjalanan, rakan pemandu dan penumpang boleh berkongsi butiran perjalanan secara masa nyata dengan individu yang dipercayai, sekali gus memberikan keluarga dan rakan lebih ketenangan fikiran. 
  • Butang SOS “Dapatkan Bantuan Kecemasan”: Menyediakan bantuan kecemasan 24/7 dengan satu sentuhan.
  • AudioProtect: Menyediakan rakaman audio yang disulitkan dan hanya boleh diakses sekiranya berlaku laporan insiden keselamatan. AudioProtect adalah wajib untuk perjalanan pada waktu malam (10 malam – 6 pagi).
  • Teknologi pemantauan perjalanan: Membantu mengesan kemungkinan insiden keselamatan dengan mengumpul isyarat daripada pelbagai sumber untuk mengenal pasti sama ada berlakunya hentian tidak dirancang, penyimpangan laluan atau perlanggaran kenderaan. 
  • Penyelesaian Telematik: Dengan menggunakan data telematik yang diperoleh melalui sensor pada telefon bimbit pemandu, Grab menyediakan laporan diperibadikan bagi membantu rakan pemandu mengenal pasti tingkah laku pemanduan yang tidak selamat serta memberi ganjaran kepada mereka yang sentiasa mengekalkan piawaian keselamatan yang tinggi. 

“Beroperasi secara senyap di belakang tabir, ciri-ciri keselamatan ini membantu memastikan setiap perjalanan Women-Only Rides (Beta) dan setiap perjalanan Grab terasa lebih selamat, supaya wanita dapat memberi tumpuan kepada destinasi seterusnya dan apa yang ingin mereka capai, bukan bagaimana mereka akan pulang ke rumah,” ujar Adelene.

Lagi artikel berkaitan yang mungkin menarik untuk anda:

Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Anak Jati Bintulu Ini Rupanya ‘Head of Safety’ Di Grab – Ini Cara Beliau Pastikan 99.99% Trip Anda Selamat

View Original Article