Grab Perkenal Perkhidmatan Seru-Pandu Khusus Untuk Wanita

10 Mar 2026 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab Malaysia hari ini berkongsi inisiatif baharu dalam memberikan pengguna wanita lebih pilihan, keselesaan dan ketenangan dalam perjalanan, melalui pengenalan perkhidmatan seru pandu khusus untuk wanita, atau dinamakan “Women-Only Rides” dalam bentuk Beta.

image is not available

Untuk fasa pengenalan ini, ia ditawarkan dibawah ciri tempahan awal (Advanced Booking) di Lembah Klang sahaja. Melaluinya, ia akan padankan penumpang wanita dengan rakan pemandu wanita. Grab mengatakan pilihan ini hanya akan diperlihatkan untuk pengguna wanita sahaja.

Pada masa yang sama, Grab menekankan yang mana penumpang perlu melengkapkan proses pengesahan sekali menggunakan MyKad dalam pengesahan jantina sebelum boleh mengakses perkhidmatan ini.