Taiwan Menghalang Pembelian FoodPanda Oleh Uber

TechnologyDigital
26 Dec 2024 • 6:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Mei lalu, perniagaan penghantaran makanan Foodpanda di Taiwan telah dibeli oleh Uber pada harga $950 juta (~RM 4.26 Bilion). Delivery Hero, syarikat induk Foodpanda dan Uber berharap pembelian dapat dimuktamadkan menjelang H1 2025. Tetapi hari ini Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) Taiwan telahpun menghalang pembelian ini kerana ia akan merugikan pengguna.

image is not available

Sekiranya pembelian dibenarkan, FoodPanda dan UberEats akan mempunyai pegangan lebih 90% pasaran penghantaran makanan di Taiwan. Ini akan membolehkan mereka meningkatkan harga dan komisen kepada penjual sekaligus mendatangkan impak kepada pengguna yang tidak mempunyai alternatif lain.

Delivery Hero mengeluarkan kenyataan mereka mungkin akan melakukan rayuan kepada FTC atau membatalkan sahaja persetujuan pembelian dengan Uber.