Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa syarikat induk kepada jenama pembuat kenderaan elektrik Neta, iaitu Zhejiang Hozon New Energy Automobile telah memfailkan untuk muflis beberapa minggu yang lalu.
Kereta-kereta elektrik Neta dilihat hadir dengan beberapa kontroversi, seperti penganugerahan sifar bintang dalam ujian kemalangan kenderaan oleh ASEAN NCAP, dan kerisauan berkenaan sokongan untuk kenderaan tersebut dari segi alat ganti dan servis sekiranya diperlukan.

SoyaCincau baru-baru ini telah melaporkan bahawa Grab telah menambahkan semua kenderaan Neta termasuklah Neta V dan Neta X kedalam senarai kenderaan yang tidak dibenarkan untuk didaftarkan untuk digunakan sebagai kenderaan perkhidmatan seru-pandu mereka.

Melalui kenyataan yang dihantar kepada SoyaCincau, pihak Grab menyatakan keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek berkenaan jenama kenderaan tersebut, seperti yang kami nyatakan diatas.
“The decision was made based on safety considerations, as Neta models received zero stars in the ASEAN NCAP crash test. While previous APAD guidelines required vehicles to achieve a minimum of three stars in the ASEAN NCAP crash test, this requirement has been removed in the latest guidelines. However, Grab has made a business decision to uphold this standard to ensure the safety of our passengers and driver-partners.
Grab remains committed to maintaining high safety standards for all vehicles used on our platform, as part of our ongoing efforts to provide a safe and reliable service for everyone.” – Grab Malaysia
Buat masa ini, Neta Malaysia belum mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang insiden ini, tetapi berkenaan isu ibu syarikat memfailkan muflis, Intro Synergy Sdn Bhd mengatakan bahawa pusat servis kereta akan beroperasi seperti biasa.


