Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal

TechnologyDigitalCars
16 Jan 2023 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Grab hari ini mengubah struktur tambang mereka, dimana tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi. Hal ini sekaligus menguntungkan para pemandu Grab – dimana mereka akan menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan juga ketika kesesakkan lalulintas. Sebaliknya, untuk pengguna pula, mereka akan melihat sedikit perubahan pada kadar tambang bermula hari ini, 16 Januari 2023.

image is not available

Melalui kadar tambang baharu, tambang per minit diubah daripada 20 sen kepada 43 sen, sementara tambang per km pula dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen.

Grab menyatakan tambang keseluruhan akan lebih kurang sama – tetapi akan menjadi lebih mahal apabila berlaku kesesakkan lalu lintas.

image is not available

image is not available

Tambang-tambang lain termasuk tambang KLIA tidak terjejas buat masa ini. Perubahan tambang ini juga tertakluk kepada pengguna di Lembah Klang sahaja buat masa ini.

Walaupun Grab telah menyatakan perubahan ini kepada pihak pemandu, tetapi pada aplikasi Grab, ia masih memaparkan kadar tambang seperti sebelum ini buat masa ini.