Ramai Anggap Duduk Di KL Kos Tinggi & ‘Stress’, Lelaki Ini Jelaskan Hal Sebaliknya

28 Dec 2022 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suatu ketika dulu, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur akan memilih kediaman sekitar bandar raya ini, namun dengan perubahan jenis pekerjaan dan gaya hidup, situasi telah berubah.

Semua orang tahu bahawa tak murah jika mahu kekal hidup di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi hari ini.

image is not available

Tapi betul ke tinggal di bandar ikonik dengan pelbagai bangsa ini amat sukar dan ada kalanya mengundang tekanan hidup?

Bagi seorang pengguna Twitter @azha_nordin, dia lebih memilih untuk menyewa di Kuala Lumpur walaupun ramai yang menganggap kos sara hidup di bandar raya ini amat tinggi.

Ini antara sebab Azharuddin memilih untuk menyewa di tengah bandar setelah duduk selama tujuh tahun.

1. Kemudahan

Azharuddin lebih memilih tinggal lebih kurang daripada satu kilometer dari tempat kerja kerana tidak perlu risau tentang masalah traffic.

image is not available

2. Jimat masa

Tinggal dekat dengan tempat kerja lebih menjimatkan masa dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan tekanan dan masa banyak terluang untuk diri sendiri serta keluarga.

image is not available

3. Jimat kos

Memang benar kos tinggal di Kuala Lumpur agak tinggi tetapi masih boleh saving dengan beberapa perkara seperti tidak perlu bayar tol dan jimat petrol.

image is not available

4. Makanan

Nak mencari makanan, sama ada di restoran, pasar mahupun di pusat membeli-belah sangat mudah apabila duduk di tengah bandar.

image is not available

5. Sekolah

Banyak juga pilihan sekolah yang berdekatan, begitu juga dengan masjid.

image is not available

6. Riadah

Kawasan untuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan berbasikal juga ada.

image is not available

Walaupun banyak kelebihan, bagi Azharuddin ada juga perkara negatif tinggal di tengah bandar seperti:

1. Tiada jiran
2. Tiada facility seperti taman perumahan
3. Tiada kedai tomyam berdekatan jalan kaki (except Kg Baru). Tapi Shawarma banyak
4.
Ramai org luar during weekends
5. Jadi malas keluar KL

Menjengah di ruangan komen, ramai bersetuju lebih selesa tinggal di kota raya tetapi untuk jangka masa pendek kerana kemudahan yang tersedia walaupun kos sara hidup lebih tinggi berbanding luar bandar.

Pendapat korang macam mana pula?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.