Grab Perkenal GrabShuttle Di Johor Selari Operasi ETS3

LocalTravel
14 Dec 2025 • 11:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab kini mengumumkan penawaran perkhidmatan GrabShuttle di Johor, sekaligus memudahkan pengguna di Johor yang ingin menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) yang telah memulakan operasi sejak 12 Disember 2025. Grab menyokong kawasan berdekatan dengan Stesen JB Sentral, membolehkan pengguna membuat tempahan seru-pandu bagi perjalanan ke dan dari stesen berkenaan.

image is not available

Melalui GrabShuttle, anda akan berkongsi pemanduan ke destinasi bersama sehingga 3 penumpang yang lain. Dengan langkah ini, ia akan mengurangkan kos, dan mengoptimasikan laluan bagi para penumpang yang ingin menaiki ETS3.

Sebelum ini, GrabShuttle ditawarkan di kawasan Putrajaya, membolehkan pengguna melakukan tempahan ke dan dari Putrajaya Sentral. Setiap tempahan akan berkongsi sehingga 3 penumpan lain, dan GrabShuttle akan ambil dalam masa sekitar 15 minit ke 30 minit dari tempahan.

Bagi anda yang berada di Putrajaya dan Johor Bahru, boleh mencuba perkhidmatan GrabShuttle ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved