
Minggu lepas, Grab Malaysia telah terpalit dengan kontroversi apabila isteri CEO Grab berkongsi tentang cintanya terhadap Israel. Perkara ini tular dan menyebabkan ramia rakyat Malaysia menyuarakan boikot terhadap perkhidmatan yang beroperasi secara meluas di Malaysia dan Indonesia.
Hari ini, Grab Malaysia mengisytiharkan derma sebanyak RM1 juta kepada Tabung Bantuan Palestin. Derma ini dihulurkan sebagai bantuan dan sokongan, melalui MERCY Malaysia. Kerjasama Grab dan MERCY sebenarnya telah terjalin sekian lama, sejak tahun 2021 di mana Grab turut menyediakan ruang untuk pengguna untuk turut sama menyumbang.
Grab Malaysia Menyumbang RM1 juta kepada Program Bantuan Kemanusiaan Gaza @MERCYMalaysia pic.twitter.com/nRJdCo2zQr
Seperti sebelumnya, Grab Malaysia turut mengajak pengguna untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan Palestin oleh MERCY Malaysia, sama ada melalui GrabPay atau menukar mata ganjaran GrabRewards kepada derma.
12 days of relentless bombings in Gaza have unleashed a wave of abhorrent suffering, scrambling for basic necessities such as food and water.
MERCY Malaysia distributed 600 hot meals on 18 Oct 23.
MERCY Malaysia
CIMB 8000-7929-08
Ref: Gaza
#Palestine pic.twitter.com/p1UFIdTfdG
Bagi meningkatkan lagi sumbangan dan mengajak lebih ramai pengguna menderma, dari 8 November 2023 sehingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards. Jika jumlah sumbangan pengguna bernilai RM100,000, maka Grab akan menambah lagi RM100,000 menjadikan jumlah derma kepada RM200,000.

Tambah Grab, mereka turut menyasarkan untuk memenuhi keperluan kiritikal bagi penduduk yang terjejas seperti perubatan, makanan, bekalan air dan pelbagai lagi. Grab juga menekankan untuk komitmen mereka terhadap prinsip kemanusiaan dan keamanan, serta keras menentang keganasan yang melanggar hak asasi manusia. Grab menyokong sebarang usaha yang membawa kepada keamanan yang berkekalan dan adil.
Grab Malaysia nampaknya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak menyebut nama Israel langsung. Malah bantuan sumbangan disasarkan untuk rakyat Palestin yang terjejas. Perkara ini boleh dijadikan panduan untuk syarikat yang beroperasi di Malaysia, supaya lebih sensitif terhadap isu tempatan.

