Grab kini mengumumkan mereka telah melabur pada salah satu syarikat memfokuskan swapandu, dinamakan WeRide. Selari pelabura strategik ini, Grab juga akan memacu pengenalan dan pengkomersilan robo-teksi di rantau Asia Tenggara.

Grab mengatakan menjadi misi mereka untuk memastikan semua di Asia Tenggara mempunyai akses pengangkutan pada bila-bila masa, dan pada hari ini salah satu kekangannya adalah pada tenaga kerja. Dengan pelaksanaan robo-teksi perkara ini dijangka akan dapat diatasi, dan menawarkan pengangkutan lebih efisien kepada pengguna.
Grab dan WeRide juga akan bekerjasama dalam pelbagai perkara melibatkan operasi dan teknikal, serta integrasi pengurusan yang lebih selari dalam Grab. Grab menyasarkan pelaburan pada WeRide ini akan selesai sepenuhnya menjelang pertengahan pertama 2026. Nilai pelaburan tidak dinyatakan buat masa ini.



