GrabVIP Kini Di Malaysia – Hargai Pelanggan Setia Dengan Tawaran Istimewa Eksklusif

TechnologyDigital
21 Feb 2025 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna setia patut dapat lebih ganjaran, dan program kesetiaan pelanggan berorientasikan jangka masa panjang merupakan salah satu strategi pemasaran paling popular. Ini kerana pengguna lebih mudah mengumpul mata ganjaran secara sistematik dan penebusan hadiah disediakan juga lebih menarik.

image is not available

Sebagai contohnya program GrabVIP, dan juga kini sedia boleh diakses oleh pengguna di Malaysia. Program tersebut diwujudkan demi merancakkan aktiviti pembelian para pengguna dalam aplikasi Grab, seterusnya menyediakan tawaran istimewa eksklusif untuk membuatkan mereka berasa dihargai dan lebih setia menggunakan ekosistem perkhidmatan Grab.

image is not available

Melaluinya pengguna GrabVIP boleh menikmati naiktaraf penghantaran daripada standard delivery kepada priority delivery secara percuma setiap bulan untuk pengalaman penghantaran yang lebih cepat. Selain itu, mereka juga akan diberi keutamaan dengan sokongan pelanggan yang dipertingkatkan apabila memerlukan bantua.

image is not available

Ini bermakna sebarang isu, masalah, soalan dan permintaan mereka dikendalikan serta diselesaikan dengan lebih cepat berbanding pengguna biasa. Pengguna GrabVIP turut boleh mengharapkan lebih banyak ganjaran lain seperti keistimewaan dalam perkhidmatan mobiliti.

image is not available

Status GrabVIP akan diberikan secara automatik kepada pengguna yang membelanjakan minimum RM3,600 dalam satu suku tahun. Pengguna juga perlu memenuhi syarat perbelanjaan minimum yang ditetapkan untuk naik taraf ke status VIP yang seterusnya. Mereka boleh mengekalkan status dengan terus memenuhi keperluan perbelanjaan yang sama setiap suku tahun.

Jika sebaliknya mereka akan kehilangan status VIP tetapi boleh mendapatkannya semula apabila mencapai perbelanjaan minimum ditetapkan. GrabVIP hanya tersedia untuk perkhidmatan Mart, Food, Express dan Transport sahaja.