Graduan harap gaji RM3,000 – RM5,000, tetapi realiti pasaran kerja tak seindah yang dijangka

LocalBusiness & Finance
5 Nov 2024 • 4:15 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebilangan besar graduan universiti di Malaysia menjangkakan gaji permulaan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebagai bayaran yang wajar diberikan oleh majikan.

Pandangan ini dikongsi dalam sebuah video berdurasi 1 minit 43 saat yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), melibatkan 16 graduan yang menyatakan harapan mereka terhadap gaji pertama.

@umpsamalaysia

“Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA

♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Dalam video tersebut, beberapa graduan turut menjelaskan jumlah gaji yang diinginkan itu adalah bersesuaian dengan kos sara hidup semasa dan pengalaman akademik yang telah diperoleh. Ada yang berpendapat kadar gaji tersebut perlu menjadi standard bagi industri di Malaysia, khususnya untuk graduan baharu yang memulakan kerjaya.

Bagaimanapun, netizen memberikan pandangan berbeza dan menjelaskan realiti gaji permulaan di Malaysia masih rendah. Ramai berkongsi pengalaman menerima gaji pertama sekitar RM1,700, jauh lebih rendah berbanding jangkaan graduan.

Menurut laporan oleh Khazanah Research Institute (KRI) pada 2024, sebanyak dua pertiga graduan di Malaysia kekal terperangkap dalam gaji rendah, dengan permulaan kurang daripada RM2,000 walaupun berkelulusan tinggi.

Laporan bertajuk Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents mendapati, pertumbuhan gaji di negara ini agak perlahan sejak sedekad lalu.

Laporan yang sama juga menyatakan, kebanyakan anak muda menerima gaji lebih rendah daripada ‘gaji reservation’, iaitu nilai minimum gaji yang sanggup diterima mereka. Bagi golongan muda yang bekerja, nilai ini adalah sekitar RM1,555 sebulan, manakala bagi pencari kerja pula, gaji minimum diletakkan pada paras RM1,715.

Sumber: Sinar Harian