
Pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia tidak asing lagi diperkatakan pada era ini.Sesebuah negara dikatakan negara yang maju jika pengangguran yang berlaku rendah manakala jika pengangguran tinggi mungkin telah berlakunya pembaziran sumber manusia dalam sesuatu sektor yang menyebabkan ekonomi di Malaysia semakin merosot.Masalah pengangguran ini dapat dikait rapat dengan graduan mahasiswa universiti yang tidak ditawarkan kerja dan mendapat tempat di mana-mana sektor syarikat selepas tamatnya pengajian di institusi tinggi.Bagi setengah pihak pulak berpendapat bahawa penganggur dalam beberapa bulan mungkin kerana sukar dalam mendapatkan perkerjaan. Di Malaysia,isu pengangguran sangat dilihat kerana ianya adalah satu isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat disebabkan belambakan para graduan yang tidak mempunyai pekerjaan.Justeru itu, dalam artikel ini akan membincangkan dan menyelami permasalahan dan faktor serta cara mengatasi masalah yang menyebakan pengangguran dalam kalangan graduan universiti di Malaysia.
Umum mengetahui bahawa isu ini menjadi buah mulut masyarakat kerana penganggur di Malaysia semakin meningkat naik disebabkan pelbagai faktor.Antara faktor yang dapat dilihat ialah Pertumbuhan ekonomi yang lambat yang boleh menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan di pasaran.Pertumbuhan ekonomi dapat diperlihatkan tentang kegiatan ekonomi sesebuah negara dalam mencapai tahap yang ideal dalam pasaran ke peringkat antarabangsa dalam jangka masa yang panjang.Selain itu,ianya jugak merujuk keadaan sesuatu ekonomi yang dapat menambah penggunaan sumber manusia dalam sesuatu sektor pekerjaan.Oleh disebabkan pertumbuhan ekonomi yang lambat tiada peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam pasaran kepada para belia atau graduan mahasiswa kerana kerajaan lebih menfokuskan kegiatan ekonomi dalam pasaran bagi meningkatkan semula ekonomi pasaran Malaysia.Oleh itu,kerajaan tidak dapat mengambil pekerja dalam sesuatu sektor ianya kerana pendapatan negara semakin berkurang dan menyebabkan kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan yang dapat menjana keuntungan kepada negara seperti membayar gaji yang lumayan kepada pekerja baharu dan memberi insentif-insentif yang memberi keuntungan kepada mereka dalam pekerjaan. Oleh yang demikian,kerajaan haruslah berusaha dalam menyelesaikan permasalahan dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia bagi memastikan ekonomi dalam keaadan stabil dan sentiasa mampan untuk bersaing dalam pasaran.
Selain itu,antara faktor pengangguran yang semakin meningkat ialah kerana penawaran kursus di institusi pengajian tinggi yang tidak relevan dengan keperluan industri masa kini.Hal ini dikatakan demikan kerana terdapat pelbagai kursus kursus yang ditawarkan oleh pihak pengajian tinggi di universiti tidak seiring dengan keperluan industri pasaran di Malaysia.Kursus yang tidak relevan di universiti adalah punca ketidakcapaian dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.Tambahan pula,kursus pengajian pada masa kini lebih ke arah melatih graduan bekerja di dalam bidang korporat yang akan menaikkan imej negara menjadi negara yang lebih maju dan berjaya.Walaupun demikian,Industri pasaran pada hari ini tertumpu dalam mencari pekerja dalam bidang kemahiran.Ini kerana terdapat pelbagai sumber-sumber baru untuk negara terajui bagi mencapai tahap negara yang inovatif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku.Oleh kerana Ketidaksepadanan Kemahiran dan Ketidak sesuaian kemahiran yang dimiliki oleh graduan dengan keperluan pasaran pekerjaan jadi para graduan haruslah bijak mencari peluang dalam menceburi sesuatu bidang kemahiran di Universiti.Misalnya,sebelum memasuki ke alam universiti pastikan mengkaji terlebih dahulu kursus yang ditawarkan dan apakah peluang pejerjaan yang bakal di sediakan selepas tamat pengajian.Oleh itu,masalah kursus yang tidak relevan di universiti sudah tidak asing lagi jadi para pelajar mestilah cekap dan pandai membuat keputusan dalam memilih Kursus yang ingin dipelajari ketika ingin menyambung ke peringkat pengajian tinggi.
Lain daripada itu,faktor lain yang dapat lihat ialah kadar gaji yang rendah yang ditawarkan oleh mana-mana sektor pekerjaan bagi graduan yang baru sahaja tamat pengajian.Hal ini sudah banyak dibahaskan dan diperkatakan kerana gaji yang ditawarkan tidak mencapai tahap yang selari dengan tahap pengajian seseorang mahasiswa.Ini kerana seharuslah,pengajian pada peringakat diploma atau ijazah dan peringkat yang lebih tinggi seharusnya selari dengan tahap pengajian kerana pembelajaran,yuran pengajian,kemahiran yang ada dan tahap keterlibatan tidak sama.Malah bukan itu sahaja,taraf kehidupan yang semakin tinggi di negara ini amat memerlukan sumber kewangan yang kukuh dalam perbelanjaan barang keperluan asasi untuk meneruskan kehidupan.Seperti dasar sesuatu sektor perniagaan atau syarikat banyak menetapkan gaji bagi graduan yang baru bergraduasi antara RM1500-RM1700 untuk permulaan bekerja.Oleh kerana semakin tinggi tahap perbenlanjaan jadi seharunya pihak kerajaan atau sektor perkerjaaan mempertimbangkan dalam menaikkan gaji bagi graduan yang baru bergraduasi mengikut keadaan ekonomi semasa yang sangat perlu diambil berat bagi menjamin para graduan dapat hidup dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai masalah yang berlarutan dalam kewangan kerana mereka baru menempah nama di dalam industri dan dapat bekerja dengan baik dalam sektor yang mereka ceburi.Oleh yang demikian, seharusnya soal pembayaran gaji dalam kalangan para graduan harus dititikberatkan supaya tidak ada masalah pengangguran yang semakin meningkat.
Disamping itu,saingan yang sangat sengit dalam mengambil pekerja di pasaran adalah faktor penambahan penggangur di Malaysia seperti peribahasa ada angin ada pokoknya.Pengambilan dan pemilihan perkerja amat penting dalam sesuatu organisasi bagi memastikan kejayaan sumber manusia mencapai matlamat organisasi tersebut.Pengambilan pekerja pada hari ini semakin mencabar kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan yang sama memohon pekerjaan.Majikan dalam mengambil pekerja dalam sesuatu sektor melihat pelbagai aspek kerana sudah mencapai tahap maksimum graduan yang memohon pekerjaan atau jawatan tersebut dengan kebolehan yang sama.Oleh yang demikian,sukar oleh pihak atasan dalam memilih pekerja yang layak untuk bekerja dengan mereka.Hal ini juga bersangkut paut dengan pengambilan pekerja yang terhad oleh sesebuah organisasi dek kerana pelbagai faktor dalaman dan luaran yang dipertimbangkan pihak tersebut dalam mengambil pekerja.Dalam masa yang sama,Kurangnya pengalaman bekerja menyebabkan banyak graduan mungkin menghadapi kesulitan mendaptakan pekerjaan kerana kekurangan pengalaman praktikal di lapangan.Maka,graduan universiti mestilah bersaing dalam mendapatkan tempat di sesuatu sektor pekerjaan.
Cara Untuk mengatasi masalah pengangguran di Malaysia berdasarkan faktor yang diterangkan dia atas ialah kerajaan dan masyarakat boleh mengambil beberapa langkah,Antaranya untuk menyelaraskan kemahiran pekerja dengan keperluan pasaran buruh bagi memastikan ekonomi negara semakin pesat dan maju.Pembangunan ekonomi memajukan sektor ekonomi dan industri untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.Bahkan pihak pengajian tinggi memansuhkan kursus kursus yang tidak relevan lagi kepada industri dan menambah kursus yang berpotensi dalam membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada para graduan masa kini.Dalam pada itu,Mewujudkan program sokongan pekerja, seperti bantuan pencarian pekerjaan dan latihan kemahiran.Kemudian,majikan mengurangkan pengambilan pekerja asing dalam sektor kerana ianya akan membuka peluang kepada graduan Malaysia dalam bekerja bersama sektor mereka.Seterusnya, Memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk mencipta sektor pekerjaan baharu serta mendorong pelaburan asing yang dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.Menyediakan sokongan sosial kepada golongan yang terkesan pengangguran melalui program bantuan kewangan dan latihan kepada mereka. Pemantauan dan penilaian dalam memantau pasaran buruh dan menilai kesan program yang dilaksanakan.Kesimpulannya,Kesemua langkah ini memerlukan kerjasama dan usaha berterusan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, dan masyarakat untuk mencapai penyelesaian yang berkesan terhadap isu pengangguran.
Nuha Lukman adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

