Graduan Terakhir Buat Aksi ‘Suii’ Masa Ambil Skrol Undang Perbalahan, Ini Respon UniKL

Entertainment
27 Nov 2024 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai sedia maklum sekarang tengah musim konvokesyen, bermacam-macam kerenah graduan yang viral di media sosial. Dalam masa yang sama, timbul juga satu isu apabila ada pihak mengecam tindakan graduan melakukan aksi yang pelbagai ketika mengambil skrol di pentas.

Ada yang berpendapat majlis graduasi merupakan majlis formal yang penuh dengan protokol dan para graduan harus menghormati majlis tersebut. Oleh itu, video yang tular ini telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Video tersebut memperlihatkan seorang graduan terakhir melakukan aksi ‘Suii Celebration’ sebelum menerima skrol, kedengaran ramai penonton bersorak apabila melihat graduan tersebut melakukan aksi itu.

Ada netizen yang mengecam dan ada juga netizen yang anggap bahawa ia adalah satu perkara biasa dan tak perlu diperbesarkan kerana ia adalah Institut Pengajian Tinggi Swasta.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Memandangkan perkongsian ini tular, pihak IPTS tersebut iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tampil memberikan respon.

Kata mereka, perkara itu tidak perlu diperbesarkan dan mohon orang ramai untuk bertenang. Katanya, tujuan mereka membuat posting dan aksi sebegini adalah untuk mempamerkan kemeriahan majlis konvokesyen UniKL dan upacara mereka berbeza dengan universiti lain.

image is not available

Bila pihak universiti sendiri kata tak ada apa, jadi memang tak ada sebarang kontroversi yang timbul lah.

Sumber : X, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.