Grammy Membenarkan Penggunaan A.I Tetapi Hanya Manusia Layak Memenangi Anugerah

TechnologyDigital
28 Jun 2023 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anugerah Grammy ialah antara anugerah paling berprestij di dunia dengan ia cukup dikenali ramai. Dengan landskap dunia muzik dan kreatif berubah dengan besar disebabkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) generatif akhir-akhir ini, Grammy telah melakukan perubahan pada garis panduan kelayakan untuk seseorang memenangi anugerah mereka.

image is not available

Garis panduan terbaru menegaskan hanya pencipta manusia sahaja boleh memenangi anugerah dalam kategori yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun penggunaan AI dalam menghasilkan karya adalah dibenarkan. Ini mungkin dalam bentuk muzik latar yang diprogramkan oleh penulis manusia.

Isu mengenai penggunaan AI dalam karya kreatif ialah isu sensitif kerana ia dilihat boleh menyebabkan pengkarya manusia kehilangan kerja. Mogok penulis di Hollywood sekarang berlaku kerana penulis ingin klausa mengharamkan karya mereka digunakan untuk melatih AI yang kemudiannya menghasilkan skrip. Sehingga kini penulis dan studio masih enggan berganjak dengan pendirian masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved