Grok Boleh Digunakan Pelanggan X Premium+ Bermula Minggu Hadapan

TechnologyDigital
24 Nov 2023 • 3:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X akan menawarkan perkhidmatan AI generatif mereka iaitu Grok. Grok mempunyai akses kepada informasi masa-nyata melalui perkongsian dan data di platform X. Ia juga akan diintegrasikan terus ke dalam X bagi memudahkan lagi ia diakses oleh pengguna.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Grok adalah perkhidmatan AI generatif khusus untuk pelanggan X Premium+ yang membayar RM70 sebulan. Elon Musk kini mengatakan Grok akan boleh diakses bermula minggu hadapan.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, Grok adalah produk pertama di bawah syarikat xAI. Modelnya dilatih dengan data di X serta dengan kepakaran Tesla. Buat masa ini masih tidak pasti apakah kemampuan Grok jika dibandingkan dengan ChatGPT, CoPilot atau Claude serta adakah ia akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia atau terhad di negara terpilih. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved