Grokipedia Dilancarkan Dengan Lebih 800,000 Artikel Ditulis AI

TechnologyDigital
28 Oct 2025 • 12:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Seperti yang dijanjikan oleh Elon Musk pada 30 September lalu, laman web Grokipedia telah dilancarkan pagi ini. Semasa artikel ditulis, Grokipedia mempunyai koleksi 885,279 artikel tulisan kecerdasan buatan (AI) Grok yang boleh diakses oleh pengguna. Ia boleh diakses secara percuma tanpa memerlukan log masuk.

image is not available

Tidak seperti Wikipedia, Grokipedia tidak mempunyai laman depan dengan saranan artikel yang boleh dibaca. Ia hanya mempunyai kotak input pertanyaan. Masukkan soalan dan senarai artikel berkaitan dalam Grokipedia akan disenaraikan

Elon Musk sebelum ini mengatakan Grokipedia akan menawarkan penambah-baikkan kepada Wikipedia yang menurut beliau berat sebelah kepada pandangan sayap kiri. Grokipedia juga dilihat sebagai usaha membolehkan Grok lebih memahami persekitaran dan alam semesta.

Grokipedia masih dalam versi 0.1 dan setakat ini hanya artikel dalam bentuk teks sahaja boleh dipaparkan tanpa sebarang gambar ataupun rajah dipaparkan untuk mengenali tokoh atau memahami subjek sains yang kompleks. Tiada sokongan untuk artikel bahasa Melayu buat masa ini.