
Kota Kinabalu: Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menafikan dakwaan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa tiga Adun yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, dibeli oleh GRS.
“Tiada perkara seperti itu… itu adalah tuduhan melulu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Jabatan Perikanan Sabah dan Petronas, di sini, Jumaat.
Rabu lalu, Shafie dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti bahawa seorang Adun Warisan telah dihubungi oleh GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
