GRS tidak berminat, kata Shafie

LocalPolitics
5 Jan 2025 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jonathan Nicholas

Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal membayangkan beliau terbuka kepada kerjasama politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi menampilkan barisan parti tempatan Sabah.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini sambutan daripada gabungan kerajaan negeri itu masih kurang memberangsangkan.

AdvertisementBeliau menafikan khabar angin bahawa rundingan sedang dijalankan secara senyap dengan kerajaan negeri GRS menjelang pilihan raya negeri Sabah yang dijadualkan akhir tahun ini.

Ditanya sama ada cadangan itu adalah jalan ke hadapan bagi parti tempatan di Sabah, sama seperti di Sarawak, Shafie berkata beliau sudah berbuih mulut bercakap mengenainya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Apakah respons yang saya perolehi daripada mereka? Mereka kata ‘tidak, kami tidak mahu bekerjasama dengan Warisan’.

“Terpulang kepada mereka. Tetapi bila saya katakan mari bersatu, jangan bersatu semata-mata kerana ketamakan, kuasa atau jawatan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita perlu bersatu sebagai rakyat Sabah untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu parti itu yang diadakan di Dewan Monstera, Kepayan, Sabtu.

“Sekarang lebih daripada sebelumnya, kita perlu bersatu kerana kita terlalu perlahan dan jauh ketinggalan,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengenai pilihan raya, beliau berkata, Parti Warisan bukan pendatang baharu, mereka yakin dan bersedia.

“Kami akan melakukan apa sahaja untuk mengubah dan memastikan Sabah berada di landasan yang betul,” katanya, menambah terdapat penambahan baru kepada parti, iaitu di Kawang dan Sandakan.

“Apa yang penting bukan sahaja kemasukan mereka tetapi perjalanan yang boleh kita lalui. Marilah kita bukan sahaja mengatakan perpaduan sebagai slogan, tetapi berusaha untuk itu di peringkat akar umbi.

“Inilah cara kita mendidik mereka tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah seperti air, elektrik, pendidikan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata sambutan Krismas adalah untuk memastikan kesinambungan penghormatan antara agama dan budaya di Sabah sebagaimana hasrat bapa-bapa pengasas.