
Kota Kinabalu: GRS menolak sekeras-kerasnya dakwaan BN Sabah bahawa GRS mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang dituduh pengerusinya semalam.
Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor berkata GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang didakwa oleh Datuk Bung Moktar Radin.
“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN. Malah, dalam pilihan raya baru-baru ini, kita (GRS) dan saya sendiri turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka," kata Hajiji dalam kenyataan media.
Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata janji sebelum pilihan raya antara GRS dan BN adalah untuk GRS memberi sokongan terhadap Umno/BN seandainya parti tersebut I layak menjadi Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan.
“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan Umno tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
